Israel rakus perluas keganasan di Tebing Barat

Israel rakus perluas keganasan di Tebing Barat

TENTERA Israel cuba melepaskan tembakan semasa serbuan di Kafr Aqab di timur Ramallah, Tebing Barat.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAMALLAH: Israel terus meningkatkan serangan terhadap penduduk Palestin di Tebing Barat, ketika rejim menggiatkan pembunuhan beramai-ramai di Gaza.

Dalam tempoh setahun lalu, sekurang-kurangnya 1,423 insiden keganasan peneroka Israel direkodkan di Tebing Barat, dengan purata empat kes sehari, menurut data Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA).

Dengan 321 insiden, Ramallah dan kawasan el-Bireh mencatatkan bilangan serangan peneroka tertinggi, diikuti 319 insiden di Nablus dan 298 lagi di Hebron.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bilangan serangan peneroka tertinggi pada tahun lalu, berlaku pada Oktober 2023 dengan 233 insiden yang mengakibatkan kematian atau kerosakan harta benda.

Selepas serangan pejuang Hamas pada 7 Oktober 2023, Menteri Keselamatan Negara, Itamar Ben-Gvir mengagihkan senapang separa automatik dan senjata lain kepada peneroka untuk digunakan terhadap rakyat Palestin.

Sejak itu, lebih 120,000 senjata api diedarkan kepada peneroka Israel, manakala puluhan ribu lagi menerima kelulusan bersyarat.

Peningkatan keganasan itu menyebabkan 744 rakyat Palestin, termasuk 164 kanak-kanak terbunuh di Tebing Barat sejak konflik di Gaza setahun lalu.

Bukan hanya peningkatan keganasan, Israel turut memperluaskan penempatan haram Yahudi di atas tanah Palestin yang dirampas secara paksa di Tebing Barat.

Setakat tahun lalu, kira-kira 4,555 penduduk Palestin kehilangan tempat tinggal di Tebing Barat selepas tentera Israel merobohkan kediaman mereka.

Israel merobohkan, merampas atau menutup sekurang-kurang 1,768 bangunan, termasuk 390 di Tulkarem, 368 di Baitulmuqaddis dan 242 di Jenin.- AL JAZEERA

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×