Israel dakwa bunuh Yahya Sinwar

Israel dakwa bunuh Yahya Sinwar

YAHYA SINWAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Israel mendakwa tenteranya membunuh pemimpin kanan Hamas, Yahya Sinwar di Gaza.

Tentera Israel mendakwa, Sinwar terbunuh dalam serangan di selatan Gaza pada Rabu, lapor Al Jazeera.

“Selepas proses mengenal pasti mayat selesai, dapat disahkan bahawa Yahya Sinwar sudah dibunuh.

“Puluhan operasi yang dijalankan oleh tentera dan Shin Bet sepanjang tahun lalu dan dalam beberapa minggu kebelakangan ini di kawasan beliau dibunuh, menyekat pergerakan operasi Yahya Sinwar ketika dia dikejar dan membawa kepada pembunuhannya,” kata tentera.

Setakat ini, Hamas belum mengulas mengenai dakwaan Israel.

Tentera dan polis Israel menjalankan pemeriksaan DNA untuk mengesahkan identiti Sinwar selepas ia mendakwa tenteranya di Gaza membunuh tiga individu

Bagaimanapun, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menegaskan pembunuhan Sinwar tidak bermakna perang di Gaza sudah berakhir.

“Hari ini kita sudah melunaskan hutan. Hari ini kejahatan menerima tamparan, tetapi tugas kita belum selesai.

“Kepada keluarga tebusan yang dikasihi, ini adalah saat penting dalam perang. Kami akan terus berjuang habis-habisan sehingga semua orang yang anda sayangi pulang ke rumah,” katanya.- AL JAZEERA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN