TEHERAN: Iran menyambung semula penerbangan hari ini selepas penggantungan sementara pada petang sebelumnya dengan alasan ‘sekatan operasi’.
Menurut Pertubuhan Penerbangan Awam Iran, penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Imam Khomeini di Teheran dibenarkan beroperasi semula selepas pihak berkuasa memastikan keadaan sesuai dan selamat.
Televisyen negara melaporkan, semua penerbangan domestik dan antarabangsa disambung semula pada Isnin.
“Pada masa ini, tiada sekatan untuk penerbangan domestik dan antarabangsa,” kata Pertubuhan Penerbangan Awam.
Penggantungan singkat itu menjejaskan penerbangan yang dijadualkan antara 9 malam Ahad hingga 6 pagi ini.
Jadual penerbangan itu dibatalkan kerana kebimbangan operasi yang tidak dinyatakan oleh pihak berkuasa Iran.
Bagaimanapun, sekatan kini ditarik balik selepas penilaian keselamatan dijalankan.– ANADOLU










