PETALING JAYA: Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) hanya menerima hasil berjumlah RM3.1 juta hasil daripada penjualan saham dalam Fashion Valet Sdn. Bhd. (Fashion Valet). Kementerian Kewangan memaklumkan, pada 2018, Khazanah dan PNB telah melabur sejumlah RM47 juta (Khazanah RM27 juta, PNB RM20 juta) untuk pegangan minoriti masing-masing dalam Fashion Valet. Pelaburan tersebut merupakan sebahagian daripada mandat Khazanah pada waktu itu untuk memupuk usahawan teknologi tempatan dan…










