China kutuk serangan terhadap konsulatnya di Myanmar

China kutuk serangan terhadap konsulatnya di Myanmar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: China mengutuk serangan terhadap konsulatnya di Mandalay dan mendesak pihak berkuasa Myanmar untuk berusaha sedaya upaya menangkap pelakunya.

Ini susulan, insiden minggu lalu yang berlaku rentetan peningkatan sentimen anti-China dalam media sosial di Myanmar, selepas tekanan Beijing terhadap kumpulan pemberontak untuk menghentikan pertempuran mereka dengan junta.

Jurucakap Kementerian Luar Negeri China, Lin Jian berkata, satu letupan yang tidak mengakibatkan sebarang kecederaan berlaku pada petang Jumaat lepas, namun menyebabkan kerosakan terhadap sebahagian premis konsulat.

Memuatkan artikel berkaitan…

Lin berkata, China membuat representasi serius kepada pihak berkuasa Myanmar dan meminta siasatan menyeluruh serta menghukum pelaku mengikut undang-undang.

Baru-baru ini, Konsulat China mengeluarkan peringatan kepada semua rakyat, perniagan dan kumpulannya di Myanmar untuk mengambil perhatian serta berwaspada terhadap situasi keselamatan.

Tekanan China untuk kumpulan pemberontak menghentikan pertempuran mereka mencetuskan syak wasangka dalam kalangan rakyat Myanmar bahawa Beijing menyokong junta.

Bahkan, lawatan Menteri Luar China, Wang Yi pada Ogos lalu untuk bertemu ketua junta, Min Aung Hlaing juga dilihat beberapa pengkritik sebagai sokongan kepada kerajaan tentera itu.

Myanmar bergolak sejak Februari 2021 apabila tentera menggulingkan kerajaan awam yang dipilih dalam satu rampasan kuasa, membantutkan amalan demokrasi di negara itu.– REUTERS

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini