BN tubuh ‘sekolah politik’ – Zahid

BN tubuh ‘sekolah politik’ – Zahid

AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH: Barisan Nasio­nal (BN) akan menyenaraikan calon Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) akan datang lebih awal sebagai persediaan mencari pemimpin yang tepat dalam mendapat sokongan rakyat.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, calon-calon terbabit akan dikenalpasti oleh pengerusi badan perhubungan UMNO negeri, diberikan latihan dan dipantau sebelum diangkat sebagai calon pada PRU16.

“Kita sudah menubuhkan ‘sekolah politik’ di bawah biro latihan dan perkaderan UMNO Malaysia dan kita akan melatih bakal calon-calon yang kita te­lah kenalpasti yang mana di situ mereka akan dilatih dengan beberapa teori dan amali kepe­mimpinan.

“Kita akan menilai prestasi mereka sewaktu mereka menghadiri ‘sekolah politik’ berkenaan dan kita akan bawa senarai mereka itu ke bawah untuk kita lihat siapakah yang boleh memenangi sesuatu kerusi itu dan penerimaan pengundi serta juga bagaimana seseorang itu disukai pengundi,” katanya pada Konvensyen BN Pahang sempena sambutan Ulangtahun Jubli Emas ke-50 BN di Dewan Tun Abdul Razak di sini, semalam.

Menurut Ahmad Zahid, penubuhan ‘sekolah politik’ diputuskan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO dua bulan lalu dan penyusunan program sudah dilakukan dan akan diperincikan dalam masa terdekat.

Beliau berharap pendekatan baharu itu akan lakukan di seluruh negara dengan Naib Pre­siden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail akan mengetuai bersama-sama kepimpinan sekolah politik yang akan mengadakan kursus atau latihan itu di Institut Latihan dan Memperkasa Ummah (ILMU) di Janda Baik, Bentong.

Beliau berkata, pemilihan calon yang dibuat pihaknya tidak akan mengenepikan golongan muda sebagai pemimpin pelapis yang menjadi kesinambungan kepimpinan negara.

Bagaimanapun katanya, kom­binasi antara pemimpin lama, baharu, pemuda dan wanita se­perti yang ada di Pahang dilihat contoh terbaik dalam memastikan kestabilan politik dan perkhid­matan terbaik kepada rakyat.

Sementara itu, beliau menaruh keyakinan BN akan bangkit semula dan Pahang terus menjadi kubu kuat parti ber­kenaan dalam pilihan raya umum akan datang.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, tidak timbul sebarang isu dalam pelantikan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong sebagai penasihat pelaburan China kerana pelantikan berdasarkan perbincangan dan persefahaman antara beliau dengan Ka Siong.

Selain itu katanya, ia penghargaan kepada pemimpin ter­tinggi MCA tersebut yang boleh membawa pelabur dari China ke negara ini.

Mengulas kes perarakan mengibarkan bendera China di Teluk Intan, Perak yang tular dalam media sosial baru-baru ini, Ahmad Zahid menyerahkan perkara itu kepada pihak polis.

“Kita serahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia untuk me­lakukan siasatan dan kita memberikan kepercayaan sepenuh­nya hasil siasatan berkenaan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×