100 pesawat Israel bedil 120 lokasi dalam masa satu jam

100 pesawat Israel bedil 120 lokasi dalam masa satu jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIRUT: Israel melancarkan gelombang serangan udara ‘brutal’ terhadap selatan Lubnan semalam, dengan 100 pesawat menyasarkan kira-kira 120 lokasi dalam masa satu jam.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Israel (IDF) mengeluarkan amaran segera kepada orang awam Lubnan supaya mengelakkan berada di pantai atau di atas bot di pesisir pantai dari Sungai Awali ke arah selatan sehingga diberitahu kelak.

IDF juga mengumumkan penetapan zon tentera tertutup baharu di utara Israel, kawasan tertutup keempat sejak pencerobohan darat bermula.

“Serangan ini menyasarkan pelbagai unit organisasi Hezbollah, termasuk unit serantau di bahagian selatan, Pasukan Radwan, Pasukan Peluru Berpandu dan Roket serta Direktorat Perisikan.

“Operasi ini berikutan beberapa siri serangan yang bertujuan merendahkan keupayaan perintah, kawasan dan tembakan Hezbollah, serta membantu pasukan darat mencapai matlamat operasi mereka,” kata IDF.

Keganasan terus meningkat di pelbagai bahagian, dengan Israel turut memperluaskan operasi darat ke Lubnan menerusi penglibatan divisyen ketiga ke dalam pertempuran.

Pada masa sama, pejuang Hamas turut melancarkan roket dari Gaza ke Israel dan berjanji untuk meneruskan perang jangka panjang terhadap pasukan rejim.

Keupayaan Hamas melancarkan roket, walaupun terhad oleh serangan dahsyat Israel yang meragut 42,000 nyawa rakyat Palestin, masih diteruskan walaupun IDF mendakwa berjaya menewaskan kumpulan pejuang itu.

Walaupun operasi ketenteraan Israel semakin meningkat, Hezbollah juga melancarkan banyak peluru berpandu ke arah Israel sepanjang Isnin, manakala sebuah peluru balistik dilancarkan oleh Houthi dari Yaman namun berjaya dipintas.

Tentera Israel mendakwa, beberapa peluru berpandu dikenal pasti melintasi Lubnan, dengan sebahagiannya berjaya dipintas manakala selebihnya jatuh di kawasan lapang.- THE GUARDIAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN