Turkiye bantu pembedahan pisah bayi kembar siam Pakistan

Turkiye bantu pembedahan pisah bayi kembar siam Pakistan

PASANGAN kembar siam, Mirha dan Minal dilahirkan di Pakistan dengan kepala mereka bercantum.- AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ANKARA: Sepasukan 60 pakar perubatan di ibu negara Turkiye berjaya memisahkan pasangan kembar siam berusia 11 bulan dari Pakistan, selepas menjalani pembedahan rumit yang dilakukan secara dua peringkat selama 14 jam.

Kedua-dua bayi perempuan, Mirha dan Minal, dilahirkan di Pakistan dengan kepala mereka bercantum.

Setelah gagal mendapatkan rawatan yang sesuai di negara asal mereka, rayuan keluarga bayi kembar tersebut mendapat perhatian Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Selepas dihubungi pakar bedah saraf pediatrik terkenal yang berpangkalan di London, Dr Owase Jeelani, Erdogan memberi jaminan bahawa rawatan bayi kembar siam itu akan dijalankan di Turkiye.

Pasangan kembar tersebut tiba di Ankara pada Mei lalu dan ditempatkan di bawah pemantauan rapi di Hospital Bilkent City.

Proses pemisahan dilakukan dalam dua peringkat oleh pasukan pakar pembedahan yang dipimpin Dr Jeelani, bersama doktor dari Turkiye, Dr Harun Demirchi dan Dr Hasan Murat Ergani.

Pembedahan terakhir yang berlangsung selama 14 jam hari ini, berjaya memisahkan kembar yang bercantum di tengkorak.

Ibu bapa bayi kembar itu, Rehan Ali dan Nazia Parveen, mengucapkan terima kasih kepada Erdogan, pasukan perubatan dan pihak yang terlibat dalam membantu anak mereka.

“Kami sangat gembira dan terhutang budi kepada semua pihak yang menyumbang,” kata Ali yang turut berharap dapat bertemu Erdogan untuk mengucapkan penghargaan secara peribadi.- ANADOLU

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini