Terjerat hutang akibat petik buah di UK

Terjerat hutang akibat petik buah di UK

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEDAN: Pekerja Indonesia yang sanggup membayar beribu-ribu dolar untuk bekerja di United Kingdom sebagai pemetik buah kini pulang ke tanah air dalam keadaan berhutang selepas dipecat. 

Pekerja asing itu dipecat kerana tidak mencapai sasaran yang ditetapkan oleh pihak majikan. 

Seorang pekerja, Abdul berkata, dia berlepas ke UK bersama sembilan warga Indonesia lain, Mei lalu, di bawah skim pekerja bermusim negara itu yang memberikan pekerja asing visa enam bulan untuk bekerja di ladang British. 

Diupah oleh perekrut kerja UK, Agri-HR, Abdul dihantar ke Haygrove, sebuah ladang di Hereford, kira-kira 215 kilometer dari barat daya London. 

“Seorang kawan yang sudah pergi ke UK memberitahu saya tentang peluang itu.

“Dia cakap saya boleh dapat 65 pound (RM369) sehari dengan hanya memetik buah-buahan,” kata Abdul bukan nama sebenar kepada Al Jazeera.

Sebelum ini, Abdul memperoleh kira-kira 130 pound (RM739) sebulan sebagai penjual aiskrim di wilayah Jawa Tengah. 

Kerana rambang mata, dia sanggup mengumpul 4,000 pound (RM22,766) dalam bentuk hutang dengan meminjam wang daripada keluarga dan rakan-rakan untuk membayar yuran kepada dua organisasi pihak ketiga di Indonesia. 

Agensi pengambilan pekerja itu digelar sebagai PT Mardel Anugerah International dan hab pekerja, Forkom.

Lelaki itu juga perlu menanggung perbelanjaan luar biasa untuk melancong ke UK. 

Abdul berkata, pekerja di Haygrove perlu memetik 20 kilogram ceri dan strawberi dalam tempoh sejam. 

Sedangkan, dia mendapati ia adalah tugas yang mustahil disebabkan kekurangan buah akibat masalah yang semakin teruk ketika musim menuai. 

“Kami (pekerja Indonesia) sentiasa diletakkan di pinggir ladang yang hanya terdapat buah yang sedikit. 

“Beberapa kali kami diberi pokok yang tidak berada dalam keadaan baik dan terpaksa juga memetik buah yang ada,” luahnya. 

Disebabkan itu, dia dan empat lagi pemetik buah dari Indonesia menerima tiga amaran bertulis sebelum dipecat dalam tempoh enam minggu selepas bekerja di ladang itu. 

Menerusi kenyataan yang diberikan kepada Al Jazeera, Haygrove berkata, pekerja telah diberhentikan kerana prestasi buruk dan pihaknya komited terhadap amalan pekerjaan yang adil dan kesejahteraan terhadap semua pekerja. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN