Serangan Israel di sempadan Lubnan bunuh 5 askar Syria

Serangan Israel di sempadan Lubnan bunuh 5 askar Syria

TENTERA Israel menyerang lapan kawasan di sempadan Lubnan-Syria.- AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIRUT: Serangan udara Israel hari ini membunuh lima askar Syria berhampiran sempadan dengan Lubnan, lapor agensi berita rasmi SANA.

Memetik sumber tentera, SANA melaporkan, tentera Israel melakukan serangan udara terhadap salah satu kawasan tentera berhampiran Kfar Yabus di sempadan Syria-Lubnan.

Menurut sumber, lima askar Syria terbunuh dan seorang lagi cedera dalam serangan terbaharu itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Serangan berlaku sehari selepas tentera Israel mendakwa pesawat perangnya menyerang infrastruktur di sepanjang sempadan Syria-Lubnan, yang digunakan Hezbollah untuk memindahkan senjata dari Syria.

Badan pemantau hak asasi manusia Syria melaporkan, pesawat perang Israel menyasarkan persimpangan yang menghubungkan kawasan Qusayr Syria ke Lubnan, menyebabkan beberapa orang cedera.

Pemantau yang berpangkalan di Britain itu berkata, ia adalah serangan pertama melibatkan Syria sejak Israel memperhebatkan operasi ketenteraan terhadap Hezbollah di Lubnan, minggu ini.– AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×