KANGAR: Roslan Dohat, 54, yang sudah 25 tahun berkhidmat sebagai pemandu bas perpustakaan bergerak terus bersemangat menyelusuri segenap kampung di seluruh negeri ini di sebalik ramai yang sudah beralih kepada bahan bacaan digital. Sepanjang tempoh berkhidmat, dia dapat melihat perubahan di mana orang singgah membaca dan meminjam buku di perpustakaan bergerak semakin kurang. “Jika dahulu murid-murid sekolah menunggu ketibaan bas ke kampung-kampung, kini bas pula yang menunggu kanak-kanak ini untuk datang,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, semalam. Kelmarin Utusan Malaysia melaporkan sebanyak 348 perpustakaan ditutup dalam tempoh lima tahun.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya