PM Thailand muktamad Kabinet baharu

PM Thailand muktamad Kabinet baharu

PAETONGTARN SHINAWATRA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Kabinet baharu Thailand dimuktamadkan dan akan dikemukakan untuk pengesahan diraja dalam minggu ini, kata Perdana Menteri Paetongtarn Shinawatra, hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Media tempatan memetik sumber yang enggan diketahui melaporkan, Kabinet baharu dijangka mengekalkan menteri kewangan dan menteri luar, tetapi akan melantik 11 muka baharu sebagai menteri dan timbalan menteri.

Setiausaha Agung Parti Pheu Thai, Sorawong Thienthong memberitahu Reuters, kerajaan gabungan baharu dijangka memperoleh lebih banyak kerusi Parlimen berbanding sebelum ini.

Beliau enggan mengulas mengenai senarai anggota Kabinet baharu.

Pegawai kanan kerajaan baharu sebelum ini menyatakan, senarai Kabinet akan diumumkan menjelang pertengahan bulan ini.

Paetongtarn, 37, yang juga anak perempuan jutawan Thaksin Shinawatra, dilantik sebagai Perdana Menteri pada 16 Ogos lalu.

Paetongtarn, yang bapa dan ibu saudaranya pernah berkhidmat sebagai perdana menteri, adalah pemimpin termuda dalam sejarah kerajaan Raja Berperlembagaan Thailand.

Beliau menjadi perdana menteri wanita kedua kerajaan selepas ibu saudaranya, Yingluck Shinawatra, dalam undian yang terpaksa diadakan selepas Mahkamah Perlembagaan kerajaan memecat Perdana Menteri, Srettha Thavisin.

Srettha didapati bersalah kerana melantik Pichit Chuenban, bekas peguam dikaitkan dengan keluarga Thaksin yang mempunyai sabitan jenayah, sebagai menteri Kabinet.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini