PM Lubnan batal lawatan ke UNGA ekoran serangan Israel

PM Lubnan batal lawatan ke UNGA ekoran serangan Israel

NAJIB MIKATI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIRUT: Perdana Menteri Lubnan, Najib Mikati membatalkan lawatannya ke Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) di New York selepas Israel menyerang pinggir bandar Beirut, baru-baru ini.

Beliau berkata, perjalanan itu adalah sebahagian daripada peningkatan tindakan diplomatik Lubnan untuk menghentikan pencerobohan Israel yang berlarutan terhadap negara berkenaan.

“Namun, susulan perkembangan pencerobohan Israel, saya memutuskan untuk tidak meneruskan perjalanan tersebut,” katanya dalam kenyataan diterbitkan oleh agensi berita negara, NNA.

Mikati menggesa masyarakat antarabangsa untuk menghentikan pembunuhan beramai-ramai Israel dan mendesak penggubalan undang-undang bagi melindungi orang awam daripada menjadi sasaran tentera.

Serangan Israel di Beirut mengorbankan 16 pejuang Hezbollah, termasuk pemimpin kanan, Ibrahim Aqil dan komander, Ahmed Wahbi.

Peningkatan terbaharu itu sekali gus menyemarakkan lagi ketegangan antara Israel dan Hezbollah, rentetan siri letupan peranti komunikasi di seluruh Lubnan, awal minggu ini.

Kejadian melibatkan alat kelui dan walkie-talkie yang digunakan oleh Hezbollah itu dipercayai didalangi oleh Israel, meskipun ia tidak mengesahkan atau menafikan penglibatannya.

Pertempuran rentas sempadan juga berlarutan sejak beberapa hari kebelakangan ini, apabila kedua-dua pihak giat meningkatkan serangan balas.- AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×