GAZA: Perkhidmatan internet sekali lagi terputus di wilayah tengah dan selatan Gaza, menurut syarikat telekomunikasi Palestin, Paltel semalam. Paltel dalam kenyataan berkata, perkhidmatan internet rumah terganggu akibat serangan berterusan Israel di kawasan tersebut. “Kakitangan kami berusaha untuk memulihkan perkhidmatan secepat mungkin,” tambah kenyataan itu. Wilayah terkepung itu berdepan beberapa gangguan komunikasi dan internet berikutan serangan ganas Israel yang kini meragut lebih 41,000 nyawa sejak Oktober tahun lalu. Sekatan berterusan di…