MELAKA: Pengasuh yang dikatakan menekap muka seorang bayi lelaki berusia lapan bulan, Muhammad Al Fateh Amri sehingga menyebabkan mangsa maut dalam kejadian di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di Taman Kelemak Utama dekat sini, semalam direman tujuh hari bermula hari ini. Perintah reman sehingga Jumaat dikeluarkan Majistret Nor Syaliati Mohd. Sobri terhadap suspek berusia 34 tahun itu bagi membolehkan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Suspek yang memakai baju…