PASIR PUTEH: Penduduk mendedahkan ahli kumpulan dan penggerak Global Ikhwan Services & Business Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) di Taman Abdul Rahman Auf, Gong Kulim di sini dikenali dengan panggilan ‘Ore Arqam.’ Ahli kariah Masjid Mukim Gong Kulim yang dikenali sebagai Mat, 38, berkata, ini kerana imej dan penampilan mereka masih sama seperti kumpulan Al-Arqam yang sudah diharamkan kerajaan. “Jarang untuk lihat kumpulan ini datang solat berjemaah di masjid mukim dan…










