Netizen buat spekulasi, Fattah kambing hitam Netizen buat spekulasi, fattah kambing hitam

Netizen buat spekulasi, Fattah kambing hitam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Di kala isu keretakan rumah tangga selebirti dan juga usahawan tudung terkenal, Nur Fazura Sharifuddin atau dikenali Nur Fazura dengan pelakon filem Mat Kilau, Fattah Amin hangat diperkatakan, netizen dikecohkan lagi di media sosial yang menyatakan Fattah cuma dijadikan mangsa di sebalik perceraian.

Berdasarkan kenyataan individu melalui  perkongsian akaun media sosial @g8keepur di Aplikasi X, yang mengaku sebagai kenalan kepada bekas penata gaya hijab kepada Nur Fazura, yang dikenali sebagai Syira difitnah sebagai punca keretakan pasangan tersebut.

Justeru, itu, katanya, beliau (Syira)bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap tuduhan palsu yang dilemparkan terhadap dirinya.

Beliau juga berharap agar netizen tidak lagi mengecam kenalannya itu sekaligus menyatakan rakanya adalah seorang ibu tunggal dan menyatakan hubungan Fattah bersama Syira rapat seperti keluarga, tambahan beliau pernah mengasuh anak pasangan tersebut, Fatima.

“Bukan dia (Syira)  yang sondol Fattah dan aktor itu tak pernah curang langsung dengan orang (Fazura) yang disebut itu. Mereka dah macam keluarga sebab kawan saya itu pernah menjaga anak mereka,Fatima,”katanya dalam ciapan di media sosialnya itu.

Dalam pada itu, pemilik akaun itu  mendakwa Fazura mempunyai orang lain dan jenis suka berpesta sehinggakan Fattah dijadikan sebagai kambing hitam.

“Kadang-kadang kita dapat suami yang baik, tapi jenis suka pesta tertutup. Dia yang ada orang lain tapi kambing hitamkan orang terdekat untuk jaga reputasi, sebab kenapa tiba-tiba bercerai?

“Tulis je lah tak sekufu kan senang. Jangan fitnah orang curang. Fattah tu paling kasihan, suami yang jenis ikut saja,”katanya.

Jumaat lalu, teka-teki rumah tangga pasangan selebiriti itu terjawab, apabila Fazura memfailkan perceraian  beliau terhadap suaminya.

Beliau yang tidak menghadirkan diri, hanya mewakilkan peguamnya di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Shah Alam.

Butiran terperinci berhubung perkara itu tidak didedahkan, termasuk punca sebenar yang menyebabkan Fazura bertindak sedemikian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×