IPOH: Seorang murid tahun lima Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Idris II, Kuala Kangsar memiliki bakat melukis kartun mirip karya kartunis terkenal, Datuk Mohammad Nor Mohammad Khalid atau Lat. Lebih membanggakan, Muhammad Sufi Sofian, 11, sudah menghasilkan sebuah buku nota bertajuk Jom Terokai Sejarah Tahun 4 bagi memudahkan murid menguasai mata pelajaran tersebut. Buku tersebut sudah dicetak 1,000 naskhah. Guru Pendidikan Seni dan Seni Visual sekolah itu, Jamalli Umar Khairi antara…










