Mudir sekolah milik GISB di reman

Mudir sekolah milik GISB di reman

MUDIR di sekolah milik Global Ikhwan Services Business Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) di Gong Kulim dekat Pasir Puteh direman empat hari bermula hari ini.-UTUSAN/TOREK SULONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KRAI: Seorang mudir di sekolah milik Global Ikhwan Services Business Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) di Gong Kulim dekat Pasir Puteh direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung penemuan 34 buah buku berkaitan Al-Arqam dan Aurad Muhammadiah di sekolah terbabit kelmarin.

Majistret Amal Razim Alias mengeluarkan perintah tersebut ke atas lelaki berusia 66 tahun itu sehingga Ahad ini di Mahkamah Majistret di sini.

Perintah reman itu dikeluarkan bagi membolehkan lelaki itu disiasat mengikut Seksyen 8(2) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Suspek diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Siti Zuraidah Abdul Aziz semasa prosiding reman dijalankan.

Difahamkan, lelaki itu merupakan mudir di Sekolah Rendah Integrasi Islam Ikhwan, Kampung Gong Kulim di Pasir Puteh itu ditahan semasa berada di sebuah kedai tomyam di Pasir Puteh semalam.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, polis merampas pelbagai jenis buku berkaitan aurad muhammadiah dan Al Arqam selepas menyerbu rumah amal dan sekolah milik Global Ikhwan Services Business Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) di Gong Kulim, di sini, hari ini.

Kesemua buku-buku itu ditemukan di dalam stor dalam rumah amal terbabit menerusi operasi selama tiga jam yang bermula pada pukul 9 pagi tadi.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya