Linda minta maaf, insiden 11 tahun lalu hanya salah faham

Linda minta maaf, insiden 11 tahun lalu hanya salah faham

Linda Onn minta maaf, insiden 11 tahun lalu hanya salah faham
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyampai radio terkenal, Linda Onn, 46, tampil memohon maaf kepada pihak media yang masih berkecil hati kerana tidak mendapat jemputan ke majlis pernikahannya 11 tahun lalu.

Jelas Linda, berlaku salah faham dan dia tidak pernah menghalau media yang hadir ketika itu, malah tidak tahu menahu mengenai kehadiran mereka waktu itu.

“Kepada media yang masih kecil hati dengan perkara itu, saya mohon maaf. Usia rumah tangga saya pun sudah masuk lebih 11 tahun. Anak juga semakin dewasa.

“Ada sebab saya tidak mengundang media ke perkahwinan saya. Ia tidak dapat saya ceritakan. Tiada kaitan dengan saya atau suami. Ia isu yang lain. Lagi pun, ketika itu, saya tidak jemput semua, hanya keluarga dan rakan terdekat.

“Dan majlis pernikahan saya ketika itu dibuat secara kecil-kecilan tertutup. Andai kata ada yang terasa hati, saya minta maaf. Diharapkan penjelasan ini dapat meredakan salah faham yang berlaku,” katanya.

Linda berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran rangkaian produk penjagaan rambut Noir X RidzOkumura, baru-baru ini.

Penyampai radio popular itu pada 11 tahun lepas mencetuskan kontroversi apabila didakwa menghalau pihak media yang datang ke majlis perkahwinannya itu.

Kata Linda, dakwaan tersebut tidak benar dan dia tidak pernah menghalau media, sebaliknya hanya dimaklumkan mengenai kehadiran rakan media selepas majlis perkahwinannya selesai.

“Saya pernah terbaca dalam akhbar dan majalah, konon wartawan tidak dibenarkan masuk dan dihalau ketika itu. Dilaporkan berlaku ketegangan.

“Sebenarnya perkara itu tidak berlaku. Saya tidak menghalau sesiapa dan benar-benar tidak tahu ada media yang datang. Bila dimaklumkan tentang perkara itu selepas majlis selesai, saya rasa serba salah.

“Andai kata ketika itu saya tahu media hadir, saya sendiri yang akan pelawa mereka ma­suk. Saya harap tidak ada lagi isu antara saya dengan media. “Yang kenal saya tahu saya bukan orang begitu. Sampai sekarang baru anda tahu yang saya tidak tahu apa yang berlaku,” kongsinya lagi.

Sementara itu, Linda juga memaklumkan dia tidak tahu diboikot sesetengah media gara-gara kejadian itu.

“Wartawan terkenal, Allahyarham Mama Juwie pernah ajak saya bersemuka dengan rakan media. Saya ketika menerima pelawaan itu, agak keliru…apa salah saya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×