Kemas sasar 140,000 huffaz cilik menjelang 2026 - Utusan Malaysia

Kemas sasar 140,000 huffaz cilik menjelang 2026

AHMAD ZAHID Hamidi (tiga dari kiri) menerima Modul Pra Tahfiz daripada murid Tabika Kemas sambil diperhatikan oleh Onn Hafiz Ghazi pada Majlis Pelancaran Program Pra Tahfiz Peringkat Kemas Negeri Johor 2024 di Hotel Prime City, Kluang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) menyasarkan untuk melahirkan seramai 140,000 huffaz cilik menjelang tahun 2026.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebanyak 4,145 kelas taman bimbingan kanak-kanak (Tabika) Pra Tahfiz Kemas melibatkan 62,175 kanak-kanak telah memulakan pembelajaran bermula Ogos lalu. 

Menurutnya, program itu  menyasarkan kira-kira 60 peratus kanak-kanak Tabika Kemas dapat menghafaz 20 surah Juz Amma  iaitu Surah ad-Duha menjelang akhir sesi persekolahan mereka tahun ini.

“Tabika Pra Tahfiz Kemas merupakan satu program untuk memperkasakan lagi Pendidikan al-Quran di Tabika. 

“Program ini memberi nilai tambah kepada modul sedia ada (modul Penghayatan Islam) yang merangkumi aspek pendidikan dalam melahirkan huffaz cilik,” katanya semasa melancarkan Program Pra Tahfiz Peringkat Kemas Negeri Johor, di sini hari ini. 

Menurut Ahmad Zahid, program itu mampu memperkasakan pendidikan al-Quran kepada kanak-kanak seawal usia yang akan memberi fokus dalam 7M, iaitu mengaji, menghafaz, membaca, menulis, mengira, menaakul dan manusiawi. 

Katanya, inisiatif itu dijadikan teras utama dalam kemenjadian kanak-kanak yang beragama Islam selain kemahiran sedia ada yang diperlukan sebagai persediaan memasuki tahun satu. 

“Pengisian modul ini merujuk sepenuhnya Modul Hafazan Tadika Tahfiz Negeri Pahang dengan teknik hafazan serta kaedah pembelajaran secara santai,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya