Kamala Harris kritik dasar serah wilayah Ukraine kepada Russia

Kamala Harris kritik dasar serah wilayah Ukraine kepada Russia

CALON Demokrat, Kamala Harris (kanan) ketika pertemuan dengan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky di Pejabat Naib Presiden di Washington, DC, kelmarin.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Calon Demokratik, Kamala Harris mengkritik Donald Trump, pesaingnya dalam pilihan raya Amerika Syarikat (AS), berhubung pendiriannya terhadap Ukraine yang disifatkan sebagai ‘menyerah’ kepada Russia.

Naib Presiden AS itu memberi jaminan kepada Presiden, Volodymyr Zelensky bahawa Ukraine boleh bergantung kepada sokongannya.

Harris tidak menyebut nama Trump tetapi beliau mendakwa terdapat beberapa individu di negaranya yang akan memaksa Ukraine menyerahkan sebahagian besar wilayah kedaulatannya dan meminta Kyiv menerima status berkecuali.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Cadangan ini adalah sama dengan cadangan (Presiden Russia), Vladimir Putin. Dan di sini saya jelaskan, ini bukan cadangan keamanan tetapi cadangan untuk penyerahan,” katanya sambil ditemani Zelensky.

Terdahulu, Zelensky bertemu dengan Presiden AS, Joe Biden untuk membentangkan rancangan kemenangan, dengan White House pula mengumumkan pakej bantuan ketenteraan baharu bernilai hampir AS$8 bilion (RM32.9 bilion) untuk Kyiv ketika ia bergelut dengan pencerobohan Moscow.

Dalam pertemuan berasingan di Oval Office, Biden berjanji Russia tidak akan menang dalam perang yang dilancarkannya pada Februari 2022.

“Ukraine akan menang dan kami akan terus berdiri di sisi anda pada setiap langkah,” kata Biden selepas mengucapkan terima kasih kepada Zelensky kerana membentangkan rancangan kemenangan tersebut.

Biden juga mengumumkan Washington akan memberikan Ukraine senjata jarak jauh Joint Standoff Weapon (JSOW) dan mengadakan sidang kemuncak sekutu di Jerman, Oktober ini.

Kunjungan Zelensky dicemari oleh pertikaian hangat calon presiden Republikan, yang menekankan bagaimana pilihan raya AS pada November boleh mengubah sokongan diterima Ukraine daripada penyokong terbesarnya.– AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini