Jenazah Hassan Nasrallah ditemukan

Jenazah Hassan Nasrallah ditemukan

HASSAN NASRALLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIRUT: Jenazah pemimpin Hezbollah, Hassan Nasrallah yang terbunuh dalam serangan udara Israel di selatan Beirut, sudah ditemukan.

Menurut sumber rapat Hezbollah, jenazah Setiausaha Agung kumpulan itu ditemukan pada Sabtu dan dikafankan semalam selepas dimandikan semalam.

“Pengebumian Nasrallah belum lagi diatur,” kata sumber itu.

Nasrallah, yang mengetuai Hezbollah selama lebih tiga dekad, merupakan sasaran paling berpengaruh yang dibunuh Israel sepanjang beberapa minggu pertempuran sengit itu.

Kematian Nasrallah menandakan detik penting dalam konflik berterusan antara Hezbollah dan Israel.

Selain Nasrallah, serangan Israel pada Jumaat lalu turut mengorbankan komander tertinggi Hezbollah, Ali Karake.

Hezbollah belum menamakan individu lain yang maut bersama Nasrallah dan Karake.

Namun, tentera Israel mendakwa lebih daripada 20 pejuang Hezbollah daripada pelbagai pangkat turut terkorban dalam serangan tersebut.

Pihak berkuasa Lubnan memberikan angka kematian sementara sebanyak enam orang, tetapi berdasarkan skala kemusnahan, jumlah korban dijangka lebih tinggi.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×