PETALING JAYA: Beberapa masalah dihadapi syarikat penerbangan negara Malaysia Airlines (MAS) seperti terpaksa berpatah balik setakat ini tidak menjejas tempahan atau pembalatan tempahan tiket. Pengerusi Konsortium Malaysia Inbound Tourism Alliance, Uzaidi Udanis berkata, situasi yang menimpa MAS termasuk terdapat penerbangan dibatalkan tidak membimbangkan agensi pelancongan itu kerana syarikat-syarikat penerbangan lain melalui isu sama. Sebaliknya, menurut beliau, agensi pelancongan bimbang jika berlaku wabak sekali lagi seperti Covid-19 sehingga menjejaskan keseluruhan sektor…










