Israel diberi tempoh 12 bulan tamatkan penjajahan di Palestin

Israel diberi tempoh 12 bulan tamatkan penjajahan di Palestin

SEBANYAK 124 negara menyokong, 14 menentang dan 43 berkecuali semasa sesi pengundian resolusi yang menuntut Israel menghentikan pendudukan di Palestin di ibu pejabat PBB, New York. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengundi untuk menuntut secara rasmi penamatan pendudukan Israel di wilayah Palestin dalam tempoh 12 bulan.

Sekiranya berlaku ketidakpatuhan terhadap resolusi itu, sekatan akan dikenakan terhadap Israel.

Semasa sesi pengundian, sebanyak 124 negara menyokong, 14 menentang dan 43 berkecuali.

Antara negara yang menentang resolusi itu ialah Amerika Syarikat, Hungary, Republik Czech dan beberapa negara kepulauan kecil.

Delegasi Palestin menyifatkan ia sebagai pencapaian yang bersejarah.

Resolusi kali pertama diperkenalkan oleh delegasi Palestin menuntut Israel menamatkan segera kehadirannya yang menyalahi undang-undang di wilayah Palestin yang diduduki.

Ia sekaligus menuntut pengunduran Israel dalam tempoh tidak lebih 12 bulan dari tarikh resolusi itu diterima pakai. Draf sebelum ini memberi tempoh selama enam bulan.

Resolusi berkenaan juga menuntut pengunduran tentera Israel dari wilayah Palestin, pembinaan penempatan baharu dihentikan, pemulangan semula tanah dan harta benda yang dirampas.

Terdahulu, negara-negara Arab meminta sesi khas itu diadakan, beberapa hari sebelum pemimpin dunia bertemu di ibu pejabat PBB untuk Perhimpunan Agung.

Hamas turut mengalu-alukan menerima pakai resolusi itu dengan menyifatkan ia sebagai cerminan solidariti komuniti antarabangsa bersama perjuangan rakyat Palestin.- AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN