Haramkan TikTok di AS bertentangan Perlembagaan

Haramkan TikTok di AS bertentangan Perlembagaan

PENUNJUK perasaan memegang papan tanda menyokong TikTok di luar Bangunan Capitol AS di Washington.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: TikTok akan cuba meyakinkan Mahkamah Persekutuan hari ini bahawa undang-undang yang mahu syarikat induk China, ByteDance melepaskan pemilikan terhadap aplikasi perkongsian video itu atau berdepan sekatan di Amerika Syarikat (AS) adalah tindakan tidak berperlembagaan.

Penggunaan TikTok di negara itu menjadi isu utama perdebatan politik apabila calon presiden Parti Republikan, Donald Trump menentang sebarang sekatan terhadap aplikasi popular tersebut.

Presiden AS, Joe Biden dan Naib Presiden, Kamala Harris menandatangani undang-undang yang mewajibkan ByteDance melepaskan pemilikan terhadap TikTok menjelang Januari ini atau diusir dari pasaran AS.

Syarikat induk TikTok itu tidak berhasrat menjual aplikasi berkenaan, menjadikan rayuan undang-undangnya akan tertumpu kepada jaminan kebebasan bersuara di AS supaya boleh terus beroperasi di negara berkenaan.

Channel News Asia melaporkan, sekatan boleh mencetuskan tindak balas yang kuat dari Beijing dan menambah ketegangan dalam hubungan AS-China.

Kerajaan AS pula menyatakan, keputusan mengharamkan TikTok tidak melibatkan kebebasan bersuara namun lebih kepada isu keselamatan negara kerana didakwa bersekongkol dengan Parti Komunis China (CCP).

TikTok mempunyai lebih 170 juta pengguna di AS pada waktu ini.

Jabatan Kehakiman dalam dakwaannya menyatakan, dengan jutaan pengguna di negara ini, TikTok berupaya mengancam keselamatan negara.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN