Dua hospital Gaza diancam tutup kerana kehabisan bahan api

Dua hospital Gaza diancam tutup kerana kehabisan bahan api

PAKAR bedah plastik, Dr Ahmed El Mokhallalati memeriksa seorang pesakit yang cedera dalam serangan Israel di Hospital Eropah, di Khan Younis.- AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Dua hospital di utara Gaza berdepan risiko penutupan akibat kekurangan bahan api, menurut pegawai kesihatan hari ini.

Pengarah Hospital Indonesia, Mourwan Sultan berkata, kemudahan itu mungkin terpaksa menghentikan sepenuhnya perkhidmatan perubatan jika Israel terus menghalang kemasukan bahan api.

Beliau berkata, unit rawatan rapi hospital sudah mencapai kapasiti maksimum, dengan wad dipenuhi pesakit kritikal termasuk 10 daripada mereka bergantung kepada alat bantuan pernafasan.

“Bilik pembedahan beroperasi tanpa henti sepanjang masa dan jika Israel terus menghalang penghantaran bahan api, perkhidmatan perubatan mungkin terhenti sepenuhnya, menjadikan pesakit-pesakit ini terancam maut.” katanya.

Sementara itu, Hospital Kamal Adwan di utara Gaza turut memberi amaran bahawa operasi mereka mungkin akan dihentikan dalam tempoh 48 jam akibat kekurangan bahan api.

“Ini membawa ancaman besar kepada nyawa ramai pesakit dan individu cedera yang sedang menerima rawatan,” kata hospital dalam satu kenyataan.

Amaran itu dikeluarkan susulan peperangan berterusan dan pengepungan Israel di Gaza, yang menyekat kemasukan bahan api dan ubat-ubatan penting ke wilayah tersebut.

Sehingga kini, perang Israel di Gaza mengorbankan hampir 41,000 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, serta mencederakan hampir 94,800 yang lain.- ANADOLU

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN