Cadang wujudkan Koridor Perindustrian Kawasan Tengah

Cadang wujudkan Koridor Perindustrian Kawasan Tengah

AMINUDDIN Harun ketika berucap pada pada Program Townhall Sejahtera Waghih Nogori Bersama Menteri Besar Negeri Sembilan di Dewan Komuniti Taman Coral Height, Sikamat, Seremban hari ini.-GAMBAR/PEJABAT MENTERI BESAR NEGERI SEMBILAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Satu koridor baharu pembangunan ekonomi telah dicadangkan supaya diwujudkan yang melibatkan tiga negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan juga Wilayah Persekutuan.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, beliau bersama Menteri Besar Selangor, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) dan wakil Ketua Menteri Melaka telah melakukan perbincangan minggu lalu dan bersetuju supaya koridor berkenaan diwujudkan.

“Saya harap cadangan Koridor Perindustrian Kawasan Tengah ini diluluskan oleh kerajaan Persekutuan. Ketiga-tiga negeri dan Wilayah Persekutuan ini menyumbang kepada 45 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.

“Menerusi koridor ini juga, sebanyak RM700 billion turut dimohon daripada Kerajaan Persekutuan untuk diluluskan bagi pembangunan infrastruktur baharu yang dilihat mampu mempercepatkan lagi pembangunan termasuk di Negeri Sembilan.

“Contohnya di Negeri Sembilan menerusi pembinaan lebuh raya baharu menghubungkan Senawang ke KLIA. Negeri ini bersama Melaka dan Selangor juga telah menyatakan supaya Lebuhraya Pesisiran Pantai (WCE) yang terhenti di Banting dapat disambung dan diteruskan sehingga ke Johor Bahru,” katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu berucap pada Program Townhall Sejahtera Waghih Nogori Bersama Menteri Besar Negeri Sembilan di Dewan Komuniti Taman Coral Height, Sikamat di sini hari ini.

Aminuddin menjelaskan lagi, sekiranya pembangunan koridor tersebut direalisasikan, manfaat berganda pastinya akan dinikmati penduduk di negeri-negeri terlibat.

“Menerusi pelaburan daripada pihak Kerajaan Persekutuan dengan menyediakan infrastruktur, ia akan meningkatkan bukan sahaja KDNK di kawasan ini selain jumlah sumbangan eksport pada masa itu mungkin lebih besar daripada sedia ada,” katanya.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya