Abang, adik maut motosikal rempuh tong roro di tepi jalan

Abang, adik maut motosikal rempuh tong roro di tepi jalan

TONG roro yang diletakkan di laluan kecemasan di Lebuh SPA, Melaka tanpa tanda amaran didakwa menjadi punca kemalangan maut dua beradik semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun yang membonceng motosikal ber­sama abangnya maut sele­pas merempuh tong roro yang berada di laluan kecemasan di Le­buh Sungai Udang-Paya Rumput-Ayer Keroh (SPA) di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pu­kul 6.15 petang itu, mangsa, Nur Afiqah Sofea Hazlin dan Mu­hammad Amirul Hazlin, 18, meng­hembuskan nafas terakhir ketika mendapatkan rawatan di Hospital Melaka.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Chris­topher Patit berkata, si abang disahkan meninggal dunia pada pukul 7.40 malam manakala adiknya pukul 12.30 tengah malam semalam.

MUHAMMAD AMIRUL HAZLIN dan NUR AFIQAH SOFEA HAZLIN

“Siasatan mendapati mangsa dalam perjalanan dari Ayer Ke­roh menghala ke Sungai Udang.

“Semasa sampai di lokasi kemalangan, penunggang terlibat dipercayai tidak perasan sebuah kontena loro berada di bahu jalan lalu melanggarnya.

“Dalam kemalangan tersebut, adik-beradik itu mendapat ke­cederaan parah dan dihantar ke Hospital Melaka untuk mene­ri­ma rawatan sebelum disahkan me­ninggal dunia,” katanya.

Tambah Christopher, polis sedang mengesan pemilik tong roro berkenaan manakala saksi kejadian diminta tampil bagi membantu siasatan.

Ujarnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pe­ngangkutan Jalan 1987.

NORIZAN UJAK

Sementara itu, ibu mangsa, Norizan Ujak, 40, mendakwa, kemalangan itu berlaku akibat kecuaian kontraktor yang tidak meletakkan tanda amaran selepas tong roro diletakkan di laluan kecemasan bagi kerja-kerja pemotongan pokok di Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput-Ayer Ke­roh (SPA) semalam.

Dakwa ibu mangsa, Norizan Ujak, 40, yang menyaksikan ke­jadian, tiada pengawal lalu lin­tas yang berada di lokasi dan hanya satu kon sahaja diletakkan berhampiran tong tersebut.

Katanya, anak sulungnya, Muhammad Amirul yang me­nunggang motosikal bersama anak bongsu berusia lima tahun, Nur Afiqah Sofea tidak sempat mengelak tong berkenaan.

“Saya berada di belakang mereka menunggang sebuah lagi motosikal dengan anak nombor dua.

“Saya nampak dia terpelan­ting, saya hanya mampu menjerit ‘Ya Allah, anak aku’. Saya angkat anak yang bongsu tapi sudah terkulai, tangan dan kaki­nya patah,” katanya ketika di­temui Utusan Malaysia di Jabatan Forensik Hospital Melaka di sini, semalam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN