9 juta pengundi Jammu dan Kashmir mula mengundi

9 juta pengundi Jammu dan Kashmir mula mengundi

KIRA-kira sembilan juta orang layak mengundi di Jammu dan Kashmir dalam pilihan raya negeri yang bermula lalu.- AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SRINAGAR: Sembilan juta pengundi di Jammu dan Kashmir akan menunaikan tanggungjawab mereka pada pilihan raya peringkat negeri pertama dalam tempoh sedekad, hari ini.

Pengundi berdaftar akan memilih wakil rakyat untuk 90 kerusi wilayah itu dalam pilihan raya tiga fasa yang bermula Rabu.

Undian akan dikira pada 8 Oktober depan dan keputusan dijangka diumumkan pada hari yang sama.

Jammu dan Kashmir adalah satu-satunya wilayah majoriti Islam di India dan menjadi pusat pertikaian dengan negara jiran, Pakistan sejak 1947.

India dan Pakistan masing-masing menuntut keseluruhan wilayah Kashmir, namun hanya memerintah sebahagian daripadanya setelah berperang dua kali daripada tiga peperangan mereka di rantau itu.

Sehingga 2019, Jammu dan Kashmir yang diperintah India memiliki status khas dengan autonomi separa, namun dibatalkan oleh kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Narendra Modi.

Tahun lalu, Mahkamah Agung menyokong keputusan kerajaan tersebut dan menetapkan tarikh akhir pada 30 September tahun untuk pilihan raya tempatan diadakan.

Kerajaan pimpinan Parti Bharatiya Janata (BJP) menyatakan, pembatalan status istimewa wilayah itu memulihkan keadaan normal di kawasan tersebut dan membantu pembangunannya.

“Ketika fasa pertama pilihan raya Dewan Undangan Jammu dan Kashmir bermula, saya menggesa semua untuk keluar mengundi dan memperkukuhkan perayaan demokrasi,” kata Modi dalam hantaran di platform X.

Dewan Undangan Negeri akan mempunyai kuasa untuk membahaskan isu-isu setempat, menggubal undang-undang dan meluluskan keputusan untuk mentadbir wilayah tersebut.

Bagaimanapun, wakil dewan tidak boleh memulihkan status istimewa kerana ia berada di bawah bidang kuasa kerajaan Persekutuan.- REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×