8,481 PPS muat 2.1j bagi mangsa bah

8,481 PPS muat 2.1j bagi mangsa bah

NADMA menyediakan lebih 8,000 PPS di seluruh negara untuk mangsa banjir. - Gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Agensi Pengurusan Bencana (NADMA) menyediakan 8,481 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di seluruh negara bagi menghadapi bencana alam.

PPS tersebut boleh memuatkan 2,158,743 orang yang dilengkapi dengan kemudahan asas untuk mangsa-mangsa dipindahkan.

Setiap tahun Kelantan, Te­reng­­ganu, Pahang dan Johor di­­landa musim tengkujuh ma­nakala negeri-negeri lain di pantai barat dan utara adakala turut terkesan dengan peralihan Monsun Timur Laut.

Minggu ini hingga November, Malaysia dalam fasa peralihan monsun menyebabkan beberapa negeri seperti Kedah, Perlis dan Selangor dilanda ribut petir dan hujan lebat sehingga se­setengah kawasan dilanda banjir kilat.

Ketua Pengarah NADMA, Datuk Khairul Shahril Idrus berkata, pa­da Monsun Timur Laut banjir biasanya melanda pantai timur tetapi NADMA membuat persiapan meliputi seluruh negara.

“NADMA dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) akan sentiasa memastikan PPS bersedia untuk menerima mangsa.

“Kami juga sedang membina Pusat Pemindahan Kekal Bencana (PPKB) yang dilengkapi dengan kemudahan asas yang selesa,” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu fasa peralihan monsun kini tiba di mana hujan lebat dan ribut petir sedang melanda beberapa negari.

Khairul berkata, bagi memastikan penduduk di kawasan bersedia, mereka dipersiapkan dengan latihan amal supaya mampu bertindak tanpa menunggu bantuan dari agensi responder.

Kata beliau, sistem amaran awal diguna pakai banyak membantu agensi bantuan dan penduduk untuk membuat persediaan.

“Sistem amaran awal akan membantu penduduk yang tinggal di kawasan yang berisiko membuat persediaan menyelamatkan diri dan harta benda.

Kata beliau, NADMA akan mengikuti ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) bagi mengetahui perkembangan kemungkinan berlaku banjir bagi memudahkan operasi membantu.

Oleh itu, NADMA mengingatkan orang ramai mahupun mangsa-mangsa banjir untuk sentiasa berwaspada dengan maklumat dan mematuhi arahan pihak berkuasa dan berpindah sekiranya diarahkan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN