80 spesies haiwan dipamerkan

80 spesies haiwan dipamerkan

PENGUNJUNG bergambar bersama Alpaca, antara 80 spesies haiwan dipamerkan di MAHA 2024.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERDANG: Lebih 80 spesies haiwan dipamerkan di Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2024 yang boleh ‘dibelai’ oleh pengunjung.

Pengarah G2G Animal Garden di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Suzilah Hashim berkata, pihaknya memberi diskaun tiket kepada pengujung bersempena MAHA 2024 yang dianjurkan buat kali ke-100.

Kata beliau, semua haiwan yang dipamerkan adalah haiwan yang jinak dan boleh ‘di­belai’, bergambar dan diberi makan oleh pengunjung.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita sudah lapan tahun beroperasi di sini dan sempena MAHA 2024, kita bagi harga di­skaun daripada RM29 ke RM20 untuk dewasa, untuk kanak-kanak pula dari RM24 ke RM15.

“Sempena penganjuran kali ke-100 ini, kita buat penambahan sedikit haiwan dan gajah merupakan antara tarikan utama untuk kali ini,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Laman Ternakan, di sini.

Mengulas lanjut, Suzilah berkata, waktu operasi mini zoo tersebut turut dilanjukan sempena dengan MAHA 2024 iaitu bermula 10 pagi hingga 10 malam.

Jelasnya, zoo mini atau petting zoo sejak dahulu lagi menjadi tarikan pengunjung yang hadir ke MAHA dan setakat ini sudah mendapat lebih 1,000 pengunjung. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini