ALOR SETAR: Pertunjukan udara oleh pesawat F/A-18D Hornet milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengujakan kira-kira 35,000 rakyat Kedah yang menyaksikan perarakan sambutan Hari Kebangsaan Ke-67 di Dataran Medan Bandar, di sini semalam. Deruman enjin dan aksi udara empat pesawat TUDM berpangkalan di Butterworth, Pulau Pinang itu terbang dengan kelajuan 600 kilometer per jam pada ketinggian 304 meter selama 15 minit yang julung kali diadakan di negeri ini. Lebih memukau,…










