TEHERAN: Letupan gas di sebuah lombong arang batu di wilayah Khorasan Selatan, Iran mengorbankan sekurang-kurangnya 28 orang dan mencederakan 17 yang lain.
Menurut laporan televisyen negara, kejadian berlaku disebabkan oleh letupan gas metana di dua blok lombong yang dikendalikan oleh syarikat Madanjoo.
Pada masa letupan berlaku, terdapat 69 pekerja di dalam blok tersebut, lapor Reuters.
“Sebanyak 17 orang cedera dihantar ke hospital, manakala 24 lagi dilaporkan masih hilang,” kata jurucakap Bulan Sabit Merah Iran.
Letupan berlaku sekitar pukul 9 malam Sabtu, kata media kerajaan.
Kejadian itu mendapat perhatian Presiden Iran, Masoud Pezeshkian yang turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.
“Saya sudah bercakap dengan menteri dan kami akan melakukan yang terbaik untuk mengambil tindakan susulan,” kata Pezeshkian dalam kenyataan disiarkan di televisyen.











