25 maut lori tangki meletup di Haiti

25 maut lori tangki meletup di Haiti

KEADAAN lori tangki yang terbakar selepas meletup dirempuh kenderaan lain di kawasan Calbassier, Nippes, selatan Haiti.- AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT-AU-PRINCE: Sekurang-kurangnya 25 maut, manakala 40 yang lain cedera apabila sebuah lori tangki meletup di kawasan Calbassier, Nippes, selatan Haiti, semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Perdana Menteri Haiti, Garry Conille yang melawat lokasi kejadian berhampiran bandar pantai Miragoane memaklumkan, mangsa yang parah cedera telah dibawa ke hospital dengan helikopter untuk menerima rawatan.

“Apa yang saya saksikan ini sangat mengerikan,” katanya dalam satu kenyataan.

Conille berkata, pasukan kecemasan berusaha menyelamatkan nyawa mangsa yang parah dan memberi jaminan sokongan kerajaan kepada mangsa dan keluarga mereka.

Saluran media Radio RFM melaporkan, kejadian berlaku sekitar jam 7 pagi waktu tempatan apabila lori tangki itu dirempuh sebuah kenderaan lain.

Sekeping gambar yang dikeluarkan oleh kerajaan menunjukkan petugas perubatan membantu seorang lelaki yang kaki dan kepalanya dibalut dengan pembalut putih ketika dibawa menaiki helikopter untuk ke hospital.

Anggota pertahanan awam mendedahkan, seorang lelaki berusia 31 tahun dan dua lelaki berusia 23 tahun cedera parah apabila hampir 90 peratus tubuh mereka melecur dan mangsa dirawat di hospital di Les Cayes, di selatan Haiti.

Jelas agensi tersebut, dua daripada mereka mengalami kecederaan bakar tahap kedua.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini