SHAH ALAM: Penyanyi dan komposer terkenal, Muhammad Yasin Sulaiman, dipenjara seumur hidup dan 16 sebatan oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam, selepas didapati bersalah atas tiga pertuduhan berkaitan dadah, dua tahun lalu. Hakim Datuk Norsharidah Awang menjatuhkan hukuman itu selepas membenarkan rayuan pendakwaan ke atas keputusan Mahkamah Sesyen yang melepas dan membebaskan penyanyi lagu ‘Kerna Dia’ dan `Mimpi Laila’ itu pada November tahun lepas. Muhammad Yasin, lebih dikenali sebagai Yasin,…