JOHOR BAHRU :Tindakan suspek utama penculikan Albertine Leo Jia Hui dipercayai mempunyai kecenderungan untuk melakukan salah laku seks terhadap kanak-kanak itu. Ketua Polis Johor, Komisioner M. Kumar berkata, penculikan kanak-kanak itu bukan dilakukan secara rawak oleh suspek, Leang Win Son pada hari kejadian. Katanya, lelaki berusia 31 tahun itu turut merancang melarikan kanak-kanak terbabit ke sebuah hotel bajet di Batang Kali, Selangor bulan lalu. “Kita percaya suspek yang merupakan penganggur…