JEMPOL: Seorang warga emas maut selepas kereta yang dipandunya terbabit nahas dengan sebuah lori dalam kejadian di Kilometer 12 Jalan Bahau-Keratong, di sini, pagi tadi. Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 10.50 pagi dengan lori dari arah Bahau menuju ke Keratong, Pahang dipandu oleh seorang lelaki berusia 59 tahun manakala kereta Proton Wira dipandu warga emas berusia 74 tahun. Menurutnya, setiba di lokasi…










