JOHOR BAHRU: Polis menahan seorang perempuan dan dua lelaki tempatan di Pasir Gudang, di sini Selasa lalu kerana dipercayai memiliki pelbagai jenis dadah seberat 69.57 gram beserta pelbagai jenis senjata. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd. Sohaimi Ishak berkata, ketiga-tiga suspek berusia antara 27 hingga 38 tahun itu ditahan pada pukul 2.30 petang. Menurut beliau, kediaman dihuni ketiga-tiga mereka dipercayai telah digunakan sebagai lokasi pengedaran dadah. “Antara dadah dirampas termasuklah serbuk heroin seberat 24.3 gram; pil Eramin 5 (23.29 gram); pil Yaaba (10.55 gram) dan syabu (10.01 gram). “Sementara…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya