PETALING JAYA: Sultan Ibrahim bertitah supaya semua warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melaksanakan tugas dengan jujur dan tidak berbelah bahagi bagi mempertahankan kedaulatan negara. Titah Sultan Ibrahim, kedaulatan dan maruah negara akan tergadai jika amalan rasuah dan salah guna kuasa berleluasa. Sehubungan itu, Yang di-Pertuan Agong selaku pemerintah tertinggi ATM bertitah, baginda tidak memberi muka kepada mana-mana pegawai ATM yang mengamalkan rasuah, salah guna kuasa dan gagal melaksanakan amanah sebagai pegawai tentera. “Justeru, jangan sesekali ada pegawai tentera yang terlibat dalam rasuah terutamanya melibatkan urusan pembelian peralatan dan kontrak kerajaan.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya