Sultan Selangor titah kebajikan, kemudahan Orang Asli dipenuhi

Sultan Selangor titah kebajikan, kemudahan Orang Asli dipenuhi

SULTAN Sharafuddin Idris Shah bersama Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin berkenan berangkat ke Majlis Pelancaran Buku ‘Moyang Spirit People of Carey Island’ dekat Pulau Carey di Kuala Langat, Selangor, semalam. – UTUSAN / SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menggesa Kerajaan Persekutuan dan negeri serta Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) menjaga kebajikan Orang Asli termasuk memastikan keperluan asas dalam kehidupan seharian serta pendidikan mereka dipenuhi.

Baginda bertitah, Orang Asli juga perlu menikmati pembangunan dan kemajuan negara walaupun dengan cara tersendiri menerusi bantuan dan bimbingan kepada mereka.

Malah, baginda tidak mahu ada pihak yang menganggap kewujudan Orang Asli tidak relevan lagi dalam usaha mengejar kemajuan negara

Memuatkan artikel berkaitan…

“Beta juga menitahkan supaya pihak Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor memastikan keperluan asas masyarakat Orang Asli seperti jalan raya, air, elektrik, klinik kesihatan dan sekolah dapat terus disediakan dan diselenggara dengan baik dan sempurna.

“Kerajaan negeri khususnya perlulah peka terhadap keperluan masyarakat Orang Asli di Selangor dan bersedia membantu untuk pembangunan dan kemajuan Orang Asli di negeri ini. Beta tidak mahu masyarakat Orang Asli di Negeri Selangor ini dibiarkan ketinggalan dari arus pembangunan.

“Beta mahu setiap perkampungan Orang Asli kekal bersih di samping alam semulajadi yang terpelihara serta bebas wabak penyakit,” titah baginda pada ucapan Pelancaran Buku Orang Asli Mah Meri yang bertajuk ‘Moyang-Spirit of Carey Island’ tulisan Rashid Esa, semalam.

Sultan Sharafuddin mencadangkan semua artifak penting Orang Asli tertamanya yang diiktiraf Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dibeli oleh kerajaan negeri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini