Serangan udara Israel bunuh komander Hamas di Lubnan

Komander Hamas terbunuh dalam serangan udara di Lubnan

HAMAS mengesahkan kematian Samer al-Haj sebagai salah seorang komandernya dalam serangan udara Israel di selatan Lubnan, semalam.- AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIRUT: Seorang anggota kumpulan pejuang Hamas antara dua orang yang terbunuh dalam serangan udara Israel di selatan Lubnan, semalam.

Menurut Agensi Berita Nasional Lubnan (NNA), dua roket yang dilancarkan dari dron Israel mengenai kenderaan di bandar Sidon, membunuh mangsa dan mencederakan dua individu lain yang berada berdekatan.

NNA melaporkan, salah seorang mangsa dikenal pasti sebagai Samer al-Haj, tokoh Hamas di kem pelarian Ein el-Hilweh, yang terletak di selatan Sidon.

Sumber tempatan memberitahu Anadolu, mangsa lain yang berada di dalam kenderaan itu berkemungkinan pengiring al-Haj.

Dalam satu kenyataan, Hamas mengesahkan kematian al-Haj sebagai salah seorang komandernya dalam serangan udara itu.

Tentera Israel mengaku melakukan serangan yang membunuh al-Haj, dan menuduhnya terlibat dalam serangan roket ke arah wilayah Israel.

Kebimbangan semakin meningkat mengenai kemungkinan perang besar antara Israel dan kumpulan Hezbollah, berikutan serangan rentas sempadan selama berbulan-bulan.

Ketegangan dilihat semakin meluas apabila Hezbollah mengancam bertindak balas terhadap pembunuhan komander tertingginya, Fuad Shurk dalam serangan udara Israel di Beirut pada 30 Julai lepas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×