Serangan Beirut, Israel sekadar balas dendam

Serangan Beirut, Israel sekadar balas dendam

KEADAAN tingkat atas sebuah bangunan yang musnah berikutan serangan tentera Israel di pinggir selatan Beirut, kelmarin.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIRUT: Tindakan Israel melancarkan serangan di Beirut hanya bertujuan untuk membalas dendam dan tidak berniat untuk melanjutkan konfrontasi. 

Serangan itu boleh meningkatkan ketegangan antara Tel Aviv dengan kumpulan Hezbollah di Lubnan.

Ancaman itu berlaku tiga hari selepas serangan terhadap Bukit Golan yang diduduki Israel, dengan tentera Israel menyalahkan Hezbollah.

Letupan itu kedengaran di pinggir selatan Beirut di kejiranan Haret Hreik berhampiran Majlis Syura Hezbollah, kira-kira 7.40 petang (waktu tempatan).

Serangan mengakibatkan separuh daripada bangunan yang disasarkan di kawasan kejiranan padat penduduk runtuh dan hospital berdekatan mengalami kerosakan kecil.

Kementerian Kesihatan Lubnan mengesahkan, seorang wanita dan dua kanak-kanak terbunuh, manakala 74 yang lain cedera dalam serangan itu.

KENAPA ISRAEL BOM BEIRUT?

Tentera Israel mendakwa serangan pada Selasa menyasarkan Komander Hezbollah, Muhsen Shukr atau dikenali sebagai Haj Muhsen.

Ia mendakwa, Muhsen bertanggungjawab melakukan serangan terhadap Bukit Golan yang diduduki Israel, mengorbankan 12 orang dan mencederakan 30 yang lain, Sabtu lalu.

Bagaimanapun, sumber Hezbollah berkata, Shukr terselamat daripada serangan itu.

Israel menduduki wilayah barat Bukit Golan sejak perang 1967, manakala bahagian selebihnya berada di bawah kawalan Syria.

Serangan roket melanda Majdal Shams, di bahagian timur laut wilayah yang diduduki Israel.

Hezbollah menafikan penglibatan kumpulannya dalam serangan tersebut.

Sejak melancarkan perang di Gaza pada Oktober, Israel menyerang Beirut sekurang-kurangnya sekali sebelum serangan terkini.

Pada 2 Januari lalu, Israel melancarkan serangan yang mengorbankan Pegawai Kanan Hamas, Saleh al-Arouri.

Sebelum ini, serangan terakhir Israel terhadap Beirut pada 2006, semasa perang 34 hari antara Israel dan Hezbollah.

Tentera Zionis tidak mengeluarkan sebarang arahan baharu untuk pertahanan awam di Israel berikutan serangan itu.

BUKAN PENINGKATAN SERIUS

Al Jazeera melaporkan, ia adalah mesej Israel terhadap serangan Majdal Shams dan pasukan rejim tidak berminat untuk melanjutkan konfrontasi bersenjata dengan Hezbollah.

Walaupun Hezbollah berjanji untuk bertindak balas terhadap sebarang serangan dari Israel, tindakan itu mungkin tidak berlaku serta-merta, lapor rangkaian berita itu.

Pengulas Politik di Tel Aviv, Ori Goldberg berkata, serangan itu dilihat bukan ‘peningkatan yang serius’.

Beliau berkata, Israel mungkin tidak mengambil risiko berperang dengan Lubnan kerana sudah berada dalam krisis domestik paling teruk yang pernah dialaminya.

“Perang dengan Lubnan mungkin dapat menyatukan rakyat Israel tetapi kesannya akan menjadi bencana serta-merta,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×