Scoot lancar penerbangan ke Melaka mulai Oktober

Scoot lancar penerbangan ke Melaka mulai Oktober

PENERBANGAN ke Melaka akan beroperasi lima kali seminggu dengan kadar tiket serendah RM233.- AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Syarikat penerbangan tambang murah Singapura, Scoot mengumumkan bakal melancarkan penerbangan ke Melaka mulai 23 Oktober ini.

Penerbangan ke negeri itu akan beroperasi lima kali seminggu dengan kadar tambang kelas ekonomi bermula dari
AS$69 (RM 233).

Tiket penerbangan kini tersedia untuk dijual dengan tiket sehala dari Singapura ke Melaka adalah sekitar AS$77 (RM 260) dan mengambil masa 55 minit.

Selain itu, Scoot juga mengumumkan bahawa syarikat tersebut bakal melancarkan penerbangan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kertajati, Jawa Barat Indonesia bermula 28 September.

Penerbangan ke Kertajati akan disediakan dua kali seminggu dengan tambang sebanyak AS$92 (RM 311).

Menurut syarikat penerbangan itu, mereka berjaya memperoleh dua pesawat Embrader E190-E2 sehingga membolehkan meluaskan operasi ke seluruh Asia Tenggara.

Ketua Pegawai Eksekutif Scoot, Leslie Thng berkata, pesawat E190-E2 ini akan digunakan pada penerbangan sedia ada termasuk penerbangan ke Makassar, Balikpapan dan Pekanbaru di Indonesia, serta Davao City di Filipina dan Vientiane di Laos.

“Kami teruja untuk mengumumkan penambahan dua lagi destinasi baharu kepada rangkaian kami yang semakin berkembang iaitu Kertajati di Indonesia dan Melaka di Malaysia.

“Sejak pelancaran pesawat E190-E2 pada Mei, kami meneruskan untuk melihat permintaan kukuh untuk penerbangan kami, yang telah menghubungkan ramai pelanggan kami ke pelbagai destinasi ke seluruh Asia Tenggara,” katanya.- CNA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×