SAO PAULO: Kerajaan negeri Sao Paulo di Brazil membentuk Kabinet Krisis untuk menangani kebakaran hutan yang meragut sekurang-kurangnya dua nyawa. Kebakaran besar itu mengakibatkan seluruh Sao Paulo, bandar paling ramai penduduk di Amerika Latin, diselubungi kabus tebal. Kerajaan negeri memberi amaran bahawa kebakaran hutan boleh merebak dengan cepat akibat angin kencang. Gabenor Sao Paulo, Tarcisio de Freitas berkata, 30 bandar diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga dan kerajaan berusaha mengawal keadaan serta…