Sanggup curi kabel RM3 demi dadah, Geng Amin Remis tumpas - Utusan Malaysia

Sanggup curi kabel RM3 demi dadah, Geng Amin Remis tumpas

BAHRIN Mohd. Noh (dua dari kiri) menunjukkan kabel yang dirampas daripada empat lelaki Geng Amin Remis di IPD Kluang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Demi untuk melepaskan ketagihan dadah, empat lelaki sanggup memanjat tiang pemasang kabel elektrik landasan kereta api demi untuk mendapatkan kabel yang hanya berharga RM3 sekilogram. 

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd. Noh berkata, jenayah yang dilakukan sejak sebulan lalu oleh Geng Amin Remis itu bagaimanapun berjaya ditumpaskan apabila diberkas di empat lokasi berasingan pada pukul 1 pagi, 2 Ogos lalu. 

Sebelum itu pihak polis menerima laporan kecurian kabel di kawasan landasan kereta api berkembar di Pekan Layang-Layang daripada seorang lelaki pada 31 Julai lalu. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Hasil daripada tangkapan itu, pihak polis berjaya merampas sebuah kereta jenis Proton Persona, sebatang kunci, satu topi keselamatan warna kuning, sehelai ‘vest’ warna hijau dan sebuah motosikal Honda EX5 berwarna biru. 

“Turut sama dirampas kabel jenis fiber optic (685 meter), lapan gulung kabel yang sudah dipotong, sebuah gergaji pemotong besi warna hitam dan sebilah pisau,” katanya dalam sidang akhbar, di sini hari ini.

Menurut Bahrin, hasil semakan mendapati tiga daripada empat lelaki berusia antara 30 hingga 40 tahun itu mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan jenayah dan narkotik.

Kesemua suspek turut didapati  positif dadah jenis methamphetamine.

“Susulan tangkapan ini, pihak polis berjaya menyelesaikan sebanyak lima kes kecurian kabel  di Kluang yang melibatkan kerugian berjumlah RM20,000,” katanya sambil memberitahu kesemua suspek ditahan reman selama enam hari hingga hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×