Remaja perempuan 14 tahun menyamar jadi doktor

Remaja perempuan 14 tahun menyamar jadi doktor

Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun menyamar jadi doktor di Hospital Serdang. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun menyamar sebagai pegawai perubatan dan menawarkan diri untuk membantu melakukan pembedahan di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang (Hospital Serdang) dekat sini semalam.

Bagaimanapun, remaja terbabit tidak sempat membuat pembedahan tersebut selepas identiti sebenarnya terbongkar dan kemudiannya ditahan polis.

Ia susulan laporan daripada kakitangan hospital tersebut berkaitan seorang wanita yang tidak dikenali berada dalam bilik bedah.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisoner Wan Kamarul Azran Wan Yusof, dalam kejadian pukul 1 petang kelmarin, remaja itu mahu membantu menjalankan pembedahan.

Katanya, pada keesokan harinya, pihak hospital yang curiga dengan kehadiran remaja terbabit iaitu individu sama cuba mendaftarkan diri di kaunter dengan menggunakan identiti palsu.

“Pihak hospital terus menghubungi pihak polis dan tangkapan dilakukan pada pukul 9 pagi semalam di lobi hospital tersebut. Polis turut merampas sehelai baju scrub, seluar scrub dan lanyard hak milik hospital itu.

“Satu kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 448 kanun keseksaan / 170 kanun keseksaan iaitu menceroboh dan menyamar penjawat awam,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam..

Wan Kamarul berkata, jika sabit kesalahan hukuman bagi menceroboh boleh dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tiga tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya dan hukuman bagi menyamar penjawat awam, pemenjaraan dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Polis turut menasihatkan orang ramai tidak menimbulkan apa-apa spekulasi serta tidak berkongsi berita tidak benar berkenaan kejadian ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN