Raja Muda Perlis berkenan hadiri majlis pelancaran ITM 2024 - Utusan Malaysia

Raja Muda Perlis berkenan hadiri majlis pelancaran ITM 2024

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail mencemar duli berangkat ke majlis pelancaran awal ITM 2024, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat mencemar duli menghadiri majlis pelancaran awal Bulan Pelancongan Islam (ITM) 2024, hari ini.

Baginda dalam majlis sama turut berkenaan mengurniakan plak Penganugerahan Pelancongan Mesra-Muslim dan Jaminan Hospitaliti (MFAR) kepada pemegang sijil sebagai pengiktirafan selain turut menyerahkan sijil pengiktirafan MFAR kepada 26 premis penginapan.

Majlis yang diadakan di Hotel Seri Malaysia, Kangar, Perlis itu dihadiri Menteri Besar Perlis, Mohd. Shukri Ramli dan Ketua Pengarah Pusat Pelancongan Islam (ITC), Nizran Noordin.

Dalam pada itu Nizran dalam ucapannya berkata, ITM 2024 dapat menyerlahkan ekosistem mesra Muslim di Malaysia dengan dinikmati pelancong Muslim sama ada domestik mahupun antarabangsa.

Menurutnya, kempen ini juga secara tidak langsung menjadi platform mempromosi pelbagai kemudahan dan aktiviti pelancongan serta acara berteraskan Islam.

“Pembangunan program sebegini menyemarakkan daya tarikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan Mesra-Muslim yang unggul.

“Ia juga dapat memberi nilai tambah kepada pakej pelancongan yang secara tidak langsung menonjolkan identiti negara kita di mata dunia selaras dengan matlamat utama penganjuran kempen Tahun Melawat Malaysia 2026,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambah Nizran, ITC bersama 250 rakan strategik akan bekerjasama menawarkan pelbagai acara, aktiviti dan tawaran pelancongan kepada orang awam, pelancong serta penggiat dan usahawan industri pelancongan sempena ITM 2024.

“Sempena ITM 2024 juga akan diadakan Hari Terbuka Masjid yang akan dianjurkan bersama masjid-masjid terkemuka di seluruh negara dengan menyediakan lawatan berpandu dan aktiviti-aktiviti menarik yang terbuka kepada semua lapisan masyarakat.

“Bagi merancakkan lagi sambutan ITM 2024, ITC akan mengadakan pertandingan Cabarab TikTok yang boleh disertai oleh orang ramai dengan pelbagai hadiah menarik untuk dimenangi,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN