PETALING JAYA: Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat mencemar duli menghadiri majlis pelancaran awal Bulan Pelancongan Islam (ITM) 2024, hari ini. Baginda dalam majlis sama turut berkenaan mengurniakan plak Penganugerahan Pelancongan Mesra-Muslim dan Jaminan Hospitaliti (MFAR) kepada pemegang sijil sebagai pengiktirafan selain turut menyerahkan sijil pengiktirafan MFAR kepada 26 premis penginapan. Majlis yang diadakan di Hotel Seri Malaysia, Kangar, Perlis itu dihadiri Menteri Besar Perlis, Mohd.…