PRK Nenggiri: Wanita sarat mengandung ucap syukur dapat mengundi - Utusan Malaysia

PRK Nenggiri: Wanita sarat mengandung ucap syukur dapat mengundi

CHE Nurul Amira Che Mat yang sarat mengandung lega dapat menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi di Tabika Sri Bakawali, Bertam Baru, Gua Musang, Kelantan-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Gua Musang: Wanita sarat mengandung menzahirkan rasa syukur selepas dapat menunaikan tanggungjawab mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Nenggiri hari ini.

Che Nurul Amira Che Mat, 35, berkata, walaupun kandungan berusia 35 minggu itu sudah menunjukkan tanda-tanda mahu bersalin namun dia tetap bersemangat untuk mengundi.

“Saya hadir ditemani suami, Abdul Hadi Abdul Wahab, 35, yang merupakan pengundi di Nenggiri.

“Awalnya jangka tidak dapat keluar mengundi kerana berada dalam fasa menunggu masa untuk bersalin” katanya ketika ditemui di pusat mengundi Tabika Sri Bakawali, di sini, hari ini.

Che Nurul Amira memberitahu, sebagai pengundi dia mengharapkan calon yang dipilih nanti dapat menunaikan tanggungjawab dan menjaga kebajikan rakyat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×